Friday, 30 May 2014

SELAMAT DATANG KE BLOG FROG VLE SK SERI NILAM

Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

Transformasi Pendidikan Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, berfokus kepada kaedah pendidikan berasaskan Internet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Kaedah Pendidikan Bersepadu Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog Virtual Learning Environment yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia.
10,000 Sekolah Di Seluruh Malaysia Kaedah bersepadu ini akan diaplikasikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Nantikan kehadirannya di sekolah anda tidak lama lagi! Ketahui bila kami akan tiba ke sekolah anda.
Melengkapi Generasi Masa Depan Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.